PRODUK KAMI
eLIFE™

Pelindung Kesihatan Untuk Kehidupan Bertenaga

 

Apakah eLIFE™

 

eLIFE™ merupakan satu-satunya produk yang telah mendapat kedua-dua pensijilan CE dari Kesatuan Eropah (EU) serta FDA dari Amerika Syarikat.

Juga dikenali sebagai 'Terapi Medan Elektrik', 'Terapi Keupayaan', 'Terapi Elektrik Statik' or 'PESF', eLIFE™ menggunakan beza keupayaan (voltan) yang tinggi sementara mengekalkan arus yang sangat rendah bagi jaminan keselamatan dan kesesuaian tubuh badan. eLIFE™, diedarkan secara ekslusif oleh ONE Community Worldwide di Asia Pasifik, merupakan satu-satunya produk yang telah mendapat kedua-dua pensijilan kesihatan CE dari Kesatuan Eropah (EU) serta FDA dari Amerika Syarikat.

 

Dengan mengecas bio-elektrik yang diperlukan, produk ini melancarkan peredaran darah dan mengembalikan semula keanjalan salur darah. Secara spesifiknya, keadaan Rouleau bagi sel darah merah dapat diperbaiki dan metabolisme dipertingkatkan selepas penggunaannya. Peningkatan metabolisme memainkan peranan yang penting dalam pencegahan dan rawatan kepada penyakit orang dewasa.

 

Tambahan pula, fungsi produk ini untuk memperbaiki peredaran darah pada kulit kepala digunakan secara meluas di Eropah dan Amerika Syarikat bagi tujuan pencegahan keguguran dan kerosakan rambut.

 

Untuk tujuan kecantikan, produk ini digunakan bersama terapi "meso rolling", menunjukkan keberkesanan dalam rawatan "liver spots", jeragat dan penuaan.

 

Penggunaan: Klinik anti penuaan, klinik obesiti, klinik kecantikan, klinik fisioterapi, pusat rawatan alternatif dan di rumah.

 

Sejarah Terapi Medan Elektrik

 

Sejarah awal penggunaan elektrik dalam bidang perubatan dimulakan dengan penggunaan ikan torpedo Mediterranean, sejenis spesis ikan pari. Aristotle dan sejarawan Pliny, kedua-duanya melaporkan kesan daripada ikan ini. Scironius Largus menggambarkan penggunaannya bagi rawatan penyakit gout. Dioscorides, seorang ahli perubatan yang terkenal yang menemui Materia Medica, Galen, dan Paul of Aegina menasihatkan rawatan menggunakan elektrik yang dihasilkan ikan tersebut bagi rawatan sakit kepala.

 

Pada tahun 1650, von Guericke telah mencipta sebuah mesin elektrostatik yang mengandungi sebuah bola belerang digosok menggunakan tangan. Mengikut pemerhatian pertama yang direkodkan bagi penggunaan elektrik secara khusus dalam bidang perubatan di Eropah adalah oleh Kratzenstein, seorang profesor perubatan di Halle. Jallabert, seorang profesor fizik di Geneva, dikatakan merupakan elektroterapi pertama, pada tahun 1747 di mana beliau telah berjaya membuktikan kesan pemulihan pada tangan seorang tukang kunci yang telah lumpuh selama 15 tahun.

 

Saintis lain yang telah melakukan kaji selidik ke atas elektrik sebagai terapi adalah seorang imigran, Georges Lakhovsky, di mana beliau telah membuat pemerhatian terhadap kesan elektrik dan gelombang radio kepada benda hidup. Buku beliau yang pertama, THE SECRET OF LIFE, diterbitkan mulanya pada 1935 pada bulan yang sama Hitler datang ke Prague. Buku tersebut diterbitkan semula dalam bahasa Sepanyol, Perancis, Itali dan akhirnya Bahasa Inggeris.

 

Kebanyakan teori beliau mengenepikan perubatan konvensional di mana pada 1938, Flexner Committee telah membuat laporan kepada Kongres Amerika Syarikat berkenaan pendidikan perubatan dan melabelkan terapi elektrik sebagai "palsu". Kebanyakan teori beliau hanya disahkan oleh Becker dalam bukunya THE BODY ELECTRIC, yang diterbitkan pada 1987.

 

Pada hari ini, terapi medan elektrik secara perlahan-lahan mendapat penerimaan di kalangan pengamal perubatan sebagai salah satu cara yang berkesan untuk mengubati pelbagai penyakit orang dewasa dan kanak-kanak. Contoh laporan adalah seperti di bawah;

 

Klik di sini untuk laporan

 

Sijil-sijil dan Pengiktirafan Yang Dimiliki oleh eLIFE™